Sekian lama tak sarung uniform sekolah, tengok-tengok baju dah sendat, kasut dah tak muat, kain makin singkat 😃😅
Anak tengah membesar ni memang kena belanja lebih sikit. Tumbesaran rancak.
Mana yang berjuang berbelanja untuk anak-anak, ketahuilah bahawa anda bukan sahaja mendapat pahala memberi nafkah, malah pahala-pahala lain :- bersedekah, melaksanakan amanah, memberi kasih sayang dan sebagainya.
Dalam pemberian, terselit luasnya rahmat